Friday 6 May 2011

S.T.P.M ( Saya Tak Pernah Mengalah)

assalammualaikum dunia.....

semoga kalian dalam kerahmatan NYA...
alhamdulillah..semester ni berakhir hari ni....
esok akan berangkat balik ke tanah tumpah darah setelah lebih kurang 5 bulan keluar merantau menuntut ilmu di negeri orang..
semoga perjalanan esok berjalan lancar hendaknya...
okla..menyentuh pasal title blog den kali ni berkaitan mengenai keputusan UPU bagi lepasan SPM yang diumumkan harini.....
pasti setiap individu ingin melangkah ke universiti atau matrik setelah melalui zaman persekolahan yang terlalu panjang??kan??sebab semua ada universiti yang jadi pilihan di hati kan??

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

hurm...tetapi kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari....
impian itu punah bla dapat taw yang anda tidak layak ke universiti....
bagi yang dapat matrik, alhamdulillah....
bagi yang hanya menerima tawaran untuk masuk ke TINGKATAN 6 apakah perasaan anda??

 anda KECEWA??


sedih sehingga menitikkan AIR MATA??

sehingga anda mersakan peluang anda sudah TIADA??

mesti anda hairan kenapa saya berkata sedemikian...??
kerana saya sudah melalui keadaan sama seperti anda...
sya menanamkan harapan yang tinggi untuk melangkah ke alam universiti berbekalkan 4A yang saya peroleh dalam SPM...
namun permohonan saya ditolak....umpama sudah jatuh ditimpa tangga, permohonan kemasukan ke matrik juga telah ditolak....
aduhhh...saya sangat2 kecewa...jujur, mak ayah saya juga sangat kecewa dengan saya...
dan pada waktu itu, saya dah PUTUS ASA!!!!
saya seolah2 hilang tujuan....
tapi...saya sangat bertuah punyai kawan2 yang sangat memahami....

tatkala saya kian tenggelam dalam kesedihan, mereka datang memberi sokongan..
dan bersama sokongan dan semangat mereka..saya bangkit untuk teruskan perjuangan yang pada mulanya ingin saya tamatkan....terima kasih kawan2.....
namun, bukan tingkatan enam yang saya pilih...tetapi adalah kolej swasta...
alasan saya??sebab saya malu..pada cikgu2 kat skolah tu..
sebab saya xnak da pakai pakaian seragam skolah lagi...
saya xnak dok asrama...saya da penat...
kolej swasta barula ada gaya2 cam mahasiswa....
xla saya segan kat kawan2...dan itulah SAYA pada ketika itu....
saya memohon untuk memasuki KUIS...

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SELANGOR
bersyukur kerana saya seorang pelajar aliran agama sewaktu pengajian peringkat menengah, jadi setidak-tidaknya ilmu agama itu telah bersemadi dalam diri saya....
segala keputusan yang saya ambil itu, bersama dengan doa memohan diberi petunjuk dari NYA...
sehari sebelum berangkat ke KUIS, kakak mak saya bertandang ke rumah...
hairan, pelik pun ada...
bukan kerana apa..tetapi disebabkan kedatangan mereka pada malam hari..disebabkan jarak rumah yang jauh, maka mereka jarang bertandang ke rumah kami..kalau ada pun mesti pada waktu siang...
benarlah, ALLAH itu MAHA BERKUASA...
mereka datang hanya sekadar meminta saya memikirkan kembali keputusan untuk masuk ke KUIS..
bukan disebabkan persepsi negatif tentang kolej swasta tetapi lebih melibatkan masalah ekonomi keluarga....
hati saya mula berbelah bagi...mereka cadangkan saya memasuki tingkatan 6??
haaa??adakah itu pilihan saya yang terakhir..
sekali lagi, sya mohon kepada ALLAH berilah petunjuk untuk saya membuat keputusan yang terbaik..
dengan kuasa NYA, pagi berikutnya saya terus membuat keputusan masuk ke tingkatan 6??
entah..saya juga kurang pasti kenapa saya boleh berubah secepat itu..
mana ego saya sebab MALU pada kawan2??
mana pergi SOMBONG saya yang tak nak pakai pakaian seragam skolah??
sya seolah2 yakin itu memang yang terBAIK untuk saya...
saya buang EGO saya jauh2 berbekalkan azam dan semangat yang baru...
MOTIVASI dari pendidik yang tidak pernah jemu membimbing kami untuk terus berjaya menyebabkan saya membina satu lagi harapan baru..
dan saya bukanlah SAYA yang dulu...
kerana saya tahu itulah jalan terakhir untuk saya penuhi impian melangkah ke MENARA GADING...

dan..alhamdulillah..hari ini saya bergelar seorang MAHASISWI di sebuah institusi pengajian awam tempatan...
dan saya pasti mak ayah saya juga bangga punyai anak seperti saya..
saya bangga bergelar seorang BEKAS PELAJAR TINGKATAN ENAM
sebab di situlah saya dibesarkan untuk jadi lebih matang dan dewasa....
bukan tunduk pada KEGAGALAn yang tak pernah menjanjikan apa2...

penat berceloteh..!!hehe..
pesan saya buat adik2 di luar sana..
gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya tetapi orang tidak bangkit selepas kegagalan itu telah menempah kecundang yang pasti........
jangan putus asa apabila kamu hanya layak ke tingkatan ENAM,,
 berbanggalah kerana kamu dalam kalangan yang terpilih...
TINGKATKAN USAHA...TERUSKAN BERDOA..semoga kamu akan berjaya....
sekian.....

No comments:

Post a Comment